Authors List

  • Adam Taufiq Suharto

    Adam Taufiq Suharto merupakan penulis dan pengkarya bebas. Selain pernah bertugas sebagai penulis skrip untuk stesen televisyen tempatan, beliau juga aktif membikin filem pendek, menulis esei juga cerpen eceran dan kini berjinak-jinak dalam fotografi jalanan.

  • Asraf Aizad

    Penulis baru yang meminati bahan bacaan bukan fiksyen.

  • Awang Alfizan
  • Fasyali Fadzly

    Fasyali Fadzly merupakan seorang dramatis, pengarah, penyelidik dan pensyarah dalam bidang teater. Beliau kini sedang melanjutkan penyelidikan PhD dalam bidang pensejarahan teater Malaysia di Universiti Malaya. Doakan dia, gais!

  • Idora Darwina
  • Irfan Fikri

    Irfan Fikri ialah susuk generasi baharu yang belum mencecah empat dekad usia, dibentuk oleh pembacaan majalah-majalah dan buku-buku sastera sehingga tergerak untuk berkongsi pemerhatian tentang denyut nadi kesusasteraan tanah air.

  • Ketua Pengarang

    Pemerhati sastera dan budaya dari dalam. Boleh dihubungi melalui editor@titikbaca.my

  • Lela Lit (Nama Sebenar)

    Makcik Lela Lit (Nama Sebenar) ialah nama samaran bagi seorang pemerhati baru dunia sastera dan seni budaya. Masa akan datang memang dijangka nama ini tidak akan tercatat dalam mana-mana senarai pemerhati sastera rasmi.

  • Mohamad Amal Harith
  • Muhammad Hamzah Rashid
  • Nor Fadhilah Fauzan
  • Nur Aniesya
  • Rahman
  • Halim

    Profesor Madya Dr. Abdul Halim Abdullah merupakan ahli akademik sepenuh masa di Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Walaupun berada dalam ranah sains sosial, beliau sangat cinta pada bahasa ibundanya. Karya kreatif beliau sebagai penulis pemula sastera pernah disiarkan dalam Berita Harian dan Media Selangor. Dinobatkan sebagai Tokoh Harapan Akademik Bahasa Melayu pada tahun 2022 oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dan Tokoh Penerbitan (Kategori Sains Sosial) Majlis Citra Karisma UTM 2025.

  • Amirmu

    Mantan Pengurus Urusan Buku Fixi kini ada lebih banyak masa bukan sahaja untuk menulis, membaca dan berlari, tapi untuk kamu.

  • Anuarmanshor
  • I.B. Malefik

    Aktif dalam genre cerpen, puisi kontemporari dan penulisan rencana, dengan kecenderungan terhadap tema keteguhan jiwa, adat dan budaya Malaysia, hubungan kemanusiaan serta unsur mistik alam Melayu. Pemenang Tempat Ketiga (Open Group) daripada lebih 800 penyertaan dalam 2025 International Youth Literary Awards, Hong Kong, serta tersenarai dalam Top 10 2nd Annual Waterford Competition 2025, Ireland.

  • Mudinhaiqal

    Mudin Haiqal atau nama sebenarnya Arif Haiqal Roslan. Pelajar Undang-Undang UiTM Shah Alam ini mula menulis sejak bangku sekolah. Mudin Haiqal juga alumni Minggu Penulis Remaja 2024 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

  • Nazim Masnawi

    Penulis, pengkritik filem dan pekerja kebajikan yang menghasilkan buku Jalan Lapan, Lipis, tentang pengalamannya memulihkan diri di daerah asing.

  • Pepol

    Dengan ketinggian 180+ cm, beliau tiada masalah untuk susun buku di tempat tinggi. Bertugas di Kedai FIXI lebih satu dekad. Menulis buku Catatan Toko FIXI dan Sri Pahang Aokmer.

  • Syahrulmusa

    Syahrul Fithri Musa (Dr.) ialah Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Seni Persembahan, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

  • Zul

    Mantan peserta Minggu Penulis Remaja 2024. Kini seorang guru di Selangor. Beberapa penulisannya ada terbit di media perdana dan alternatif merangkumi cerpen, esei dan puisi.