Titikbaca.my mempelawa penulis dan penyumbang artikel

Titikbaca.my ialah sebuah portal media baharu yang memfokuskan sastera, budaya dan seni sebagai bahan bacaan kritikal. Kami menerbitkan berita, laporan, esei dan wacana yang membaca budaya dengan pendekatan berfakta, analitikal dan beretika.

Seiring dengan pelancaran portal ini, titikbaca.my kini mempelawa penulis dan penyumbang untuk menghantar karya bagi pertimbangan penerbitan.

Bentuk tulisan yang diterima

  • Berita dan laporan
  • Esei sastera
  • Wacana dan analisis budaya
  • Kritikan sastera dan seni
    Nota: Buat masa ini, tulisan berbentuk kreatif seperti puisi, cerpen dan skrip drama pentas masih belum diterima.

Syarat penulisan

  • Tulisan mestilah asli, bukan dihasilkan menggunakan AI dan bukan ciplak.
  • Karya belum pernah diterbitkan di mana-mana platform dan tidak berada dalam pertimbangan penerbitan pihak lain.
  • Penulis perlu membuat pengakuan bertulis bahawa karya tersebut adalah milik asal penulis dan memberi kebenaran untuk diterbitkan di ditikbaca.my.
  • Jika menggunakan rujukan atau sumber lain, sila nyatakan sumber dengan jelas.
  • Tulisan yang terpilih akan disiarkan di titikbaca.my.
  • Tulisan yang berpotensi akan dipertimbangkan untuk honorarium.
  • Untuk artikel atau esei, mesti mengandungi 700 hingga 1000 patah perkataan.

Kenyataan media

Titikbaca.my turut menerima sebarang kenyataan media berkaitan program, acara atau inisiatif seni, budaya dan sastera.
Kenyataan media boleh dihantar terus ke alamat e-mel editor bersama gambar iringan.
*Bagi penerbitan kenyataan media, tiada honorarium diberikan.

Kaedah pengiriman karya

Tulisan atau kenyataan media hendaklah dihantar ke: editor@titikbaca.my
Bersama tulisan, sila sertakan surat iringan yang mengandungi:

  • Nama penuh
  • Nama pena (jika ada)
  • Alamat
  • Nombor telefon
  • Biodata ringkas
  • Pengesahan karya adalah asli, belum diterbitkan dan bukan dalam pertimbangan penerbitan lain
  • Nombor kad pengenalan
  • Nama dan nombor akaun bank

Pertanyaan

Sebarang pertanyaan berkaitan penulisan atau penghantaran karya boleh dikemukakan ke editor@titikbaca.my