Enam novel S. Othman Kelantan diterbitkan semula sempena PBAKL 2026

Pelancaransothmankelantan

KUALA LUMPUR — Enam karya penting nukilan Sasterawan Negara S. Othman Kelantan akan diterbitkan semula menerusi kerjasama antara Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Nusa Centre sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026.

Antara novel yang diterbitkan semula menerusi projek berkenaan ialah Orang Kota Bharu, Perjudian, Perwira, Wajah Seorang Wanita, Juara dan Ruang Perjalanan.

Majlis pelancaran penerbitan semula karya-karya tersebut akan berlangsung pada 4 Jun 2026 (Khamis), dari pukul 1.30 tengah hari hingga 2.30 petang di Dewan Tun Hussein Onn, Aras 2, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC KL).

Program berkenaan diadakan sebagai usaha menghargai sumbangan besar Allahyarham S. Othman Kelantan dalam perkembangan kesusasteraan tanah air, di samping memperkenalkan semula karya-karya beliau kepada generasi pembaca baharu.

Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Sasterawan Negara Dato’ Dr. Anwar Ridhwan selaku Pengerusi Lembaga Pengelola DBP.

Turut diadakan ucapan khas daripada anak kepada S. Othman Kelantan yang juga merupakan Pengurus Nusa Centre.

Penerbitan semula enam novel ini diharapkan dapat mengangkat kembali nilai dan pemikiran dalam karya-karya S. Othman Kelantan agar terus kekal relevan dalam landskap sastera Melayu masa kini.

  • Ashraf Ali

    Ashraf Ali, wartawan Titik Baca yang menumpukan liputan sastera, budaya dan seni. Penulisannya memberi perhatian kepada perkembangan semasa, isu penerbitan, acara budaya serta kenyataan rasmi yang berkaitan dunia kreatif tempatan.

    Dengan pendekatan pelaporan yang ringkas dan berfakta, Ashraf Ali menekankan kejelasan maklumat, konteks dan ketepatan sumber, selari dengan peranan Titik Baca sebagai portal media budaya. Ashraf boleh dihubungi melalui ashrafali@titikbaca.my

Tagged:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *