KUALA LUMPUR — Sasterawan Negara Datuk Seri A. Samad Said, meninggal dunia pada pukul 6.10 petang ini, sekali gus menandakan kehilangan besar buat dunia kesusasteraan tanah air.
Berita pemergian tokoh sastera berkenaan disahkan oleh anak murid rapatnya, Faisal Tehrani, kira-kira pukul 6.40 petang ketika dihubungi Titik Baca.
Anak Allahyarham, Helmy Samad, turut mengesahkan berita kematian bapanya ketika dihubungi Titik Baca.
Semalam, orang ramai dan kenalan rapat allahyarham dimaklumkan bahawa A. Samad Said dimasukkan ke wad Unit Penjagaan Kritikal (CCU) di Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham, dengan sebenarnya Abdul Samad bin Mohamed Said, dilahirkan pada 9 April 1935.
Sepanjang hayatnya, beliau merupakan antara tokoh penting yang memberikan sumbangan besar kepada perkembangan kesusasteraan Melayu, khususnya melalui karya kreatif dan pemikiran sasteranya.
Pemergian Allahyarham bukan sahaja dirasai oleh keluarga dan sahabat handai, malah turut meninggalkan kesan mendalam kepada masyarakat sastera, pembaca dan generasi penulis yang menjadikan karya serta perjuangannya sebagai sumber inspirasi.
Kehilangan A. Samad Said merupakan satu kehilangan besar kepada khazanah kesusasteraan negara.












