Sayembara Penulisan Novel Pulau Pinang 2026 dibuka, tawar hadiah lumayan kepada penulis tempatan

KUALA LUMPUR — Penyertaan bagi Sayembara Penulisan Novel Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2026 kini dibuka kepada semua penulis yang berminat untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti dalam bidang penulisan kreatif.

Sayembara berkenaan dianjurkan secara bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Wilayah Utara, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang sebagai usaha memperkasa perkembangan sastera dalam kalangan penulis negeri itu, di samping melahirkan karya novel bermutu tinggi yang mencerminkan citra Pulau Pinang.

Sehubungan itu, para penulis khususnya dari Pulau Pinang dipelawa untuk menyertai sayembara berkenaan dan merebut peluang mengangkat karya masing-masing ke tahap yang lebih tinggi.

Tarikh tutup penyertaan ditetapkan pada 7 Jun 2026.

Menariknya, sayembara ini turut menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan kepada para pemenang.

Pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000, diikuti pemenang kedua RM4,000 dan pemenang ketiga RM3,000. Selain itu, tiga hadiah penghargaan turut disediakan, masing-masing bernilai RM1,000.

Penganjur menetapkan bahawa penyertaan terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang lahir di Pulau Pinang atau telah bermastautin di negeri itu sekurang-kurangnya tujuh tahun dalam tempoh terkini.

Dari segi tema, penulisan novel adalah bersifat umum, namun karya yang dihasilkan perlu mengangkat unsur sejarah, warisan, budaya serta kearifan tempatan Pulau Pinang.

Selain itu, karya juga hendaklah menggambarkan identiti negeri secara kreatif tanpa menyentuh sensitiviti agama, kaum dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Borang penyertaan serta maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari pautan berikut: https://get-qr.com/en/content/avFrzW.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *